ISLAM
- AKIDAH
- SYARIAH
-Hukum
-Ekonomi
-Sosial
-Politik
-Pendidikan
3.AKHLAK
PENGANTAR PERUNDANGAN ISLAM
- Undang-undang Islam merupakan suatu perundangan yang menyeluruh , sempurna dengan aspek kehidupan di dunia dan selepas mati.
- Undang-undang dan perundangan islam tidak mempunyai apa-apa kesan samaada ia dilaksanakan atau diabaikan.
PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM
Dari segi bahasa
Perkataan perundangan (al-tasyri') menurut pengertian bahasa membawa beberapa erti antaranya :
- Sumber air mengalir atau mata air
- Jalan yang lurus. Iaitu jalan yang membawa kepada kebaikan kehidupan dan akal manusia.
Dari segi istilah
- Merangka peraturan - peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan syarat islam.
- pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat mengetahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf , serta apa yang berkaitan dengan hukum, dan perintah terhadap mereka.
- menjelaskan , menerangkan tentang hukum- hakam juga membentuk peraturan-peraturan atau undang-undang.
KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM
- Rabbaniyah ( syariah itu dari Allah )
- Balasan Duniawi dan Ukhrawi
- 'Alamiyah dan Umumiyyah
- Kekal
- Syumul
- Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian
RABBANIYAH (syariah dari Allah)
- bermaksud hukum dan peraturan Islam ini datang dari Allah s.w.t. dan bukan dari ciptaan manusia.
- Ia merupakan wahyu Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaz dan maknanya iaitu al-Quran atau dengan makna tidak lafaz iaitu al-sunnah .
- Dapat membezakan antara perundangan duniawi dan perundangan Islam . Hal ini kerana perundangan duniawi adalah bersumberkan manusia sedangkan perundangan Islam bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.
- Dengan menurut perundangan yang datang dari Allah, prinsip syariah dan hukum-hakam yg digunakan bersih dari sebarang kezaliman , kelemah , dan menurut hawa nafsu kerana Allah s.w.t mempunyai kesempurnaan mutlaq.