KEPENTINGAN MEMPELAJARI TARIKH TASRI' / PERRUNDANGAN ISLAM
A)MENGETAHUI PRINSIP DAN TUJUAN SYARIAT ISLAM
Melalui kajian Perundangan Islam kita dapat megetahui prinsip dan tujuan syariat Islam.
- Untuk menjaga martabat seorang muslim dan sebagai pembeza atau identiti seorang muslin dibandingkan dengan penganut agama yang lainnya.
- Prinsip syariat Islam yang sentiasa mengutamakan unsur keadilan dan kasih sayang merupakan bahagian yang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan dan manifestasi hukum Islam ,dan tentunya melalui pemahaman secara mendalam terhadap tarikh tasri' akan menimbulkan sikap toleransi dan memandang setiap orang dengan pandangan yang sama kerana memang yang paling mulia di sisi Allah SWt hanyalah yang dianugrahkan ketaqwaan dan menjadi keunggulan dari umat lainnya.
B)PEMAHAMAN TERHADAP ISLAM YANG KOMPREHENSIF
- Dapat mengetahui kesempurnaan dan syumuliah ajaran Islam terhadap seluruh aspek kehidupan.
- Penerapan syariat Islam bererti perhatian dan kepedulian negara serta masyarakat terhadap pendidikan ilmu pengetahuan, ekonomi, akhlak, akidah ,hubungan sosial, hukum dan aspek-aspek lain.
- Islam bersifat holistik dan universal serta sesuai dengan perkembangan dan keadaan zaman.
- Imam Asy-Syahid Al-Banna menyatakan bahawa Islam adalah doktirn ibadah , Islam adalah ekonomi,Islam adalah pedang dan jihad , Islam adalah mmethod dan strategi politik serta Islam yang menjamin kehidupan kesejahteraan masyarakat.
C) SEBAGAI BENTUK PENGHARGAAN PARA ULAMA
- Kita dapat menghargai usaha dan pendapat para ulama bermula dari zaman sahabat hingga para Imam dan murid-murid mereka dalam mengisi kazanah ilmu dan peradaban kaum muslimin.
- Para ulama terdahulu mencurahkan kehidupan mereka untuk perkembangan keilmuan islam tidak hanya sebatas ilmu yang bersifat qauliah akan tetapi juga ilmu qauniah.
D)MENUBUHKAN RASA BANGGA TERHADAP SYARIAH ISLAM
- Rasa
bangga itu muncul kerana memahami bahawa syariat Islam adalah
satu-satunya jalan yang akan menyelamatkan umat manusia dari jurang
kemurkaan Allah SWT serta menjadi ukuran baik dan buruk dalam setiap
langkah dan pergerakan umat Islam
- Yang penting bagaimana kita memberikan pemahaman dan mewariskan sikap kebanggaan kepada generasi selanjutkan.
E)MENUMBUHKAN MOTIVASI DAN OPTIMIS UNTUK MENGEMBALIKAN KEJAYAAN ISLAM
- Untuk memastikan syariat mampu ditegakkan di muka bumi bukanlah impian semata-mata.
- Menyalakan api semangat bahawa Islam mengalami kejayaan yang gemilang ,masa keemasan yang menjadi pusat dan ukuran dalam membangunkan peradaban dan kebudayaan.
No comments:
Post a Comment