ZAMAN RASULULLAH
-Masa: bermula dari zaman Rasulullah dilantik menjadi Rasul(610M) sehingga wafatnya(632M).
-TEMPOH MASA :23 tahun
-CARA PERUNDANGAN : secara beransur-ansur selama 22 tahun
-Terbahagi kepada 2 bahagian
- perundangan di Mekah
- perundangan di Madinah
PERUNDANGAN DI MEKAH
- berlangsung selama 12 tahun 5 bulan 13 hari
- membawa prinsip pembentukan masyarakat ,umat yang bermaruah ,aqidah yang lurus ,serta menjaga hubungan dengan Allah .
- Antara ciri-ciri perundangan yang dilaksankan Nabi Muhammad di Mekah adlah:
- membersihkan akidah serta menyeru mereka kepada mentauhidkan Allah ,beriman kepada hari kebangkitan,syurga dan neraka.
- menggunakan pendekatan dakwah secara berlemah lembut.
- menyeru kepada akhlak terpuji dan meninggalkan segala adat-adat yang bertentangan dengan dasar syariat Islam.
- mengajak supaya menggunakan akal yang waras dan meninggalkan taqlid ,agama dan adat nenek moyang yang tidak berasas.
PERUNDANGAN DI MADINAH
-Merupakan tahap kedua yang bermula pada tahun 1 Hijrah dan berakhir setelah kewafatan baginda SAW pada tahun 10 Hijrah.
-mengambil masa tepat selama 9 tahun 9 bulan 9 hari.
-Di Madinah, baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kategori masyarakat, puak-puak,kaum dan penganut agama seperti Yahudi,Nasrani,dan golongan Munafik.
-Tindakan baginda dalah untuk mempersaudarakan antara golongan muhajirin dan ansar.
-perundangan di Madinah memberi tumpuan ke arah:
- terbentuk perundangan yang berkaitan dengan ibadah , seperti kewajipan berpuasa dan zakat.
- perundangan yang menyentuh hukum muamalat.
- ketetapan serta diwajibkan supaya berjihad menentang orang kafir.
- perundangan yang berkaitan dengan hukum hudud dan jenayah.
- sumpah dan nazar.
- kehakiman dan kenegaraan.
PRINSIP ASAS PERUNDANGAN ISLAM
1) PERUNDANGAN SECARA BERANSUR-ANSUR
- Al-quran tidak diturunkan sekaligus begitu juga hadith.Hikmah penurunan hukum cara adalah untuk meringankan manusia menerimanya,lebih mendorong mereka untuk mengamalkanya dan memudahkan mereka menhhafaz hukum-hukumnya serta memahami sebab-sebab dan latarbelakang hukum diturunkan.
KONSEP BERANSUR-ANSUR DALAM PERUNDANGAN TERBAHAGI KEPADA DUA BENTUK IAITU :
-Beransur-ansur sudut jumlah
Bermaksud perundangan islam itu tidak diturunkan dalam satu masa dan tidak sekaligus.
-Beransur-ansur terhadap satu hukum
Orang islam pada awal,khasnya di mekah tidak dibebankan dengan taklif yang banyak.Bahkan pada waktu itu mereka hanyalah dibawa dalam jumlah penetapan perundangan yang sedikit sahaja,seperti akidah.
2) PERUNDANGAN MENGURANGKAN TAKLIF
- Ciri-ciri perundangan islam ialah untuk mengurangkan,mempermudahkan atau kurang taklif . sebagai contoh :
a) Sembahyang yang diwajibkan terhadap umat islam hanyalah lima kali sehari semalam.
b) Zakat harta terhadap setiap individu,bahkan mereka yang mampu sahaja serta sebahagian kecil daripada harta.
c) Perkara yang ditegah oleh syarak adalah lebih sedikit berbanding yang dihalalkan.Antara yang haram ialah sesuatu yang membawa kemudaratan serta dinyatakan secara khusus.
d) Puasa difardhukan sebulan dalam setahun.
3) PERUNDANGAN TIDAK MENYEMPITKAN
- Hakikatnya tidak ada satupun ketetapan perundangan islam yang menyukarkan atau berbentuk keras.Tiada pun hukum di dalam al-quran dan hadis yang menyebabkan kesukaran kepada manusia.Prinsip ini diraikan agar segala tanggungjawab syarak dapat dilaksanakan dengan berterusan dan mudah.
4) PERUNDANGAN SELARAS KEMASLAHATAN MANUSIA
- Ia membawa maksud penetapan perundangan dan hukum selaras dengan kemaslahatan umat manusia. Justeru apabila diteliti terhadap hukum dan perundangan yang ditetapkan didapati banyak hukum yang mana syarak menjadikan illah atau sebab hukumnya demi kemaslahatan umat manusia. Terdapat beberapa hukum yang mana pada suatu ketika ia pernah ditetapkan terhadap mukallaf,namun selepas itu ia dibatalkan ekoran tidak releven dengan kemaslahatan manusia.Sebagai contoh :
a) Pada mulanya sembahyang menghadap kiblat ke
arah Baitul Maqdis,kemudian dimansuhkan dan ditukarkan ke arah Kaabah di mekah.
b) Iddah bagi isteri kematian suami pada asalnya setahun kemudian dimansuhkan dan digantikan dengan beriddah 4 bulan 10 hari.
c) Nabi pernah menegah menyimpan daging korban. Selepas itu dimansuhkan dan diganti dengan hukum harus menyimpan sepertiga daripadanya.
d) Nabi menegah menziarahi kubur,kemudian ia dimansuhkan dan diharuskan menziarahi kubur.
5) MEREALISASIKAN KEADILAN
- Konsep atau dasar perundangan islam adalah semua manusia itu setaraf dan sama sahaja.Oleh itu nikmat serta rezeki hendaklah dibahagikan secara adil.Segala hukum yang dikenakan kepada pesalah juga hendaklah adil.Tiada apa-apa yang menimbulkan perbezaan antara manusia sama ada
kekayaan,pangkat,keturunan,kecantikan juga bangsa.
ZAMAN SAHABAT
-Masa: bermula dari kewafatan Rasulullah (11H) hingga akhir abad pertama hijrah.
-Peringkat: Zaman penafsiran undang-undang di zaman permulaan terbukanya pintu ijtihad dan istinbat (iaitu mengeluarkan hukum dengan berlandaskan al-quran dan al-hadis dalam perkara yang belum ada nas yang jelas)
-Takrif sahabat: Sesiapa yang bertemu dengan Nabi (s.a.w) dalam keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dalam agama islam.
ZAMAN PEMBUKUAN DAN IMAM MUJTAHID
-Masa: bermula dari tahun 100H hingga 350H.
-Peringkat: Pada masa ini imam-imam mujtahid aktif mengarang dan menulis buku-buku hadis,fatfwa-fatwa sahabat,tabiien dan pengikut tabiien,tafsir al-quran,feqh-feqh imam mujtahid,risalah-risalah ilmu dan feqh dibukukan.
ZAMAN TAQLID
-Menurut bahasa: Bermakna mengikatkan sesuatu di leher.Jadi orang yang taqlid kepada seorang tokoh ibarat diberi tali yang mengikat leher untuk ditarik seakan-akam haiwan ternak.
-Menurut istilah: Taqlid bererti beramal dengan pendapat seseorang atau golongan tanpa didasari oleh dalil atau hujjah yang jelas.
SEJARAH ZAMAN TAQLID
- Bermula dari pertengahan abad ke-4 hijrah.
- Para ulama' dan orang islam berpegang kepada fatwa-fatwa imam mujtahid yang dahulu.
- Pada zaman kebekuan ini,umat islam mengalami pelbagai pengaruh politik,pemikiran,akhlak dan sosial yang teruk.
APA ITU ZAMAN KEBEKUAN ?
- Semangat kebebasan dan kemerdekaan berfikir para ulama sudah mati.
- Menggunakan cara bertaqlid.
- Para fuqaha' pada zaman taqlid sepakat meninggalkan ijtihad kerana pelbagai masalah fatwa yang bersimpang siur menyebabkan para fuqaha' menjauhkan diri dari ijtihad.
- Menjadi pengikut Abu Hanifah,pengikut malik,pengikut asy syafi'i atau pengikut ahmad.
- Membatasi diri dalam batas-batas lingkungan mazhab-mazhab itu sahaja.
- Memahami lafaz-lafaz dan perkataan imam-imam sahaja,bukan lagi untuk memahami nas-nas itu sendiri.
- Bekulah masa pembinaan hukum padahal setiap peralihan zaman membawa peristiwa yang menimbulkan masalah baru yang memerlukan pembinaan hukum.