PENGANTAR PERUNDANGAN ISLAM

Monday, February 15, 2016

ZAMAN RASULULLAH

-Masa: bermula dari zaman Rasulullah dilantik menjadi Rasul(610M) sehingga wafatnya(632M).

-TEMPOH MASA :23 tahun

-CARA PERUNDANGAN : secara beransur-ansur selama 22 tahun

-Terbahagi kepada 2 bahagian

    1. perundangan di Mekah
    1. perundangan di Madinah

    PERUNDANGAN DI MEKAH

    • berlangsung selama 12 tahun 5 bulan 13 hari
    • membawa prinsip pembentukan masyarakat ,umat yang bermaruah ,aqidah yang lurus ,serta menjaga hubungan dengan Allah .
    • Antara ciri-ciri perundangan yang dilaksankan Nabi Muhammad di Mekah adlah:
    1.  membersihkan akidah serta menyeru mereka kepada mentauhidkan Allah ,beriman kepada hari kebangkitan,syurga dan neraka.
    2. menggunakan pendekatan dakwah secara  berlemah lembut.
    3. menyeru kepada akhlak terpuji dan meninggalkan segala adat-adat yang bertentangan dengan dasar syariat Islam.
    4. mengajak supaya menggunakan akal yang waras dan meninggalkan taqlid ,agama dan adat nenek moyang yang tidak berasas.
     

 PERUNDANGAN DI MADINAH

-Merupakan tahap kedua yang bermula pada tahun 1 Hijrah dan berakhir setelah kewafatan baginda SAW pada tahun 10 Hijrah.
-mengambil masa tepat selama 9 tahun 9 bulan 9 hari.
-Di Madinah, baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kategori masyarakat, puak-puak,kaum dan penganut agama seperti Yahudi,Nasrani,dan golongan Munafik.
-Tindakan baginda dalah untuk mempersaudarakan antara golongan muhajirin dan ansar.
-perundangan di Madinah memberi tumpuan ke arah:
  1. terbentuk perundangan yang berkaitan dengan ibadah , seperti kewajipan berpuasa dan zakat.
  2. perundangan yang menyentuh hukum muamalat.
  3. ketetapan serta diwajibkan supaya berjihad menentang orang kafir.
  4. perundangan yang berkaitan dengan hukum hudud dan jenayah.
  5. sumpah dan nazar.
  6. kehakiman dan kenegaraan.

 

PRINSIP ASAS PERUNDANGAN ISLAM

1) PERUNDANGAN SECARA BERANSUR-ANSUR
- Al-quran tidak diturunkan sekaligus begitu juga hadith.Hikmah penurunan hukum cara adalah untuk meringankan manusia menerimanya,lebih mendorong mereka untuk mengamalkanya dan memudahkan mereka menhhafaz hukum-hukumnya serta memahami sebab-sebab dan latarbelakang hukum diturunkan.


KONSEP BERANSUR-ANSUR DALAM PERUNDANGAN TERBAHAGI KEPADA DUA BENTUK IAITU :

-Beransur-ansur sudut jumlah
Bermaksud perundangan islam itu tidak diturunkan dalam satu masa dan tidak sekaligus.

-Beransur-ansur terhadap satu hukum
Orang islam pada awal,khasnya di mekah tidak dibebankan dengan taklif yang banyak.Bahkan pada waktu itu mereka hanyalah dibawa dalam jumlah penetapan perundangan yang sedikit sahaja,seperti akidah.


2) PERUNDANGAN MENGURANGKAN TAKLIF
- Ciri-ciri perundangan islam ialah untuk mengurangkan,mempermudahkan atau kurang taklif . sebagai contoh :

a) Sembahyang yang diwajibkan terhadap umat islam hanyalah lima kali sehari semalam.

b) Zakat harta terhadap setiap individu,bahkan mereka yang mampu sahaja serta sebahagian kecil daripada harta. 

c) Perkara yang ditegah oleh syarak adalah lebih sedikit berbanding yang dihalalkan.Antara yang haram ialah sesuatu yang membawa kemudaratan serta dinyatakan secara khusus.

d) Puasa difardhukan sebulan dalam setahun.


3) PERUNDANGAN TIDAK MENYEMPITKAN
- Hakikatnya tidak ada satupun ketetapan perundangan islam yang menyukarkan atau berbentuk keras.Tiada pun hukum di dalam al-quran dan hadis yang menyebabkan kesukaran kepada manusia.Prinsip ini diraikan agar segala tanggungjawab syarak dapat dilaksanakan dengan berterusan dan mudah.


4) PERUNDANGAN SELARAS KEMASLAHATAN MANUSIA
- Ia membawa maksud penetapan perundangan dan hukum selaras dengan kemaslahatan umat manusia. Justeru apabila diteliti terhadap hukum dan perundangan yang ditetapkan didapati banyak hukum yang mana syarak menjadikan illah atau sebab hukumnya demi kemaslahatan umat manusia. Terdapat beberapa hukum yang mana pada suatu ketika ia pernah ditetapkan terhadap mukallaf,namun selepas itu ia dibatalkan ekoran tidak releven dengan kemaslahatan manusia.Sebagai contoh :

a) Pada mulanya sembahyang menghadap kiblat ke 
arah Baitul Maqdis,kemudian dimansuhkan dan ditukarkan ke arah Kaabah di mekah.

b) Iddah bagi isteri kematian suami pada asalnya setahun kemudian dimansuhkan dan digantikan dengan beriddah 4 bulan 10 hari.


c) Nabi pernah menegah menyimpan daging korban. Selepas itu dimansuhkan dan diganti dengan hukum harus menyimpan sepertiga daripadanya.


d) Nabi menegah menziarahi kubur,kemudian ia dimansuhkan dan diharuskan menziarahi kubur.


5) MEREALISASIKAN KEADILAN
- Konsep atau dasar perundangan islam adalah semua manusia itu setaraf dan sama sahaja.Oleh itu nikmat serta rezeki hendaklah dibahagikan secara adil.Segala hukum yang dikenakan kepada pesalah juga hendaklah adil.Tiada apa-apa yang menimbulkan perbezaan antara manusia sama ada
kekayaan,pangkat,keturunan,kecantikan juga bangsa.





ZAMAN SAHABAT
-Masa: bermula dari kewafatan Rasulullah (11H) hingga akhir abad pertama hijrah.

-Peringkat: Zaman penafsiran undang-undang di zaman permulaan terbukanya pintu ijtihad dan istinbat (iaitu mengeluarkan hukum dengan berlandaskan al-quran dan al-hadis dalam perkara yang belum ada nas yang jelas)

-Takrif sahabat: Sesiapa yang bertemu dengan Nabi (s.a.w) dalam keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dalam agama islam.


ZAMAN PEMBUKUAN DAN IMAM MUJTAHID

-Masa: bermula dari tahun 100H hingga 350H.

-Peringkat: Pada masa ini imam-imam mujtahid aktif mengarang dan menulis buku-buku hadis,fatfwa-fatwa sahabat,tabiien dan pengikut tabiien,tafsir al-quran,feqh-feqh imam mujtahid,risalah-risalah ilmu dan feqh dibukukan.

ZAMAN TAQLID

-Menurut bahasa: Bermakna mengikatkan sesuatu di leher.Jadi orang yang taqlid kepada seorang tokoh ibarat diberi tali yang mengikat leher untuk ditarik seakan-akam haiwan ternak.


-Menurut istilah: Taqlid bererti beramal dengan pendapat seseorang atau golongan tanpa didasari oleh dalil atau hujjah yang jelas.


SEJARAH ZAMAN TAQLID



  • Bermula dari pertengahan abad ke-4 hijrah.
  • Para ulama' dan orang islam berpegang kepada fatwa-fatwa imam mujtahid yang dahulu.

  • Pada zaman kebekuan ini,umat islam mengalami pelbagai pengaruh politik,pemikiran,akhlak dan sosial yang teruk.

APA ITU ZAMAN KEBEKUAN ?

  • Semangat kebebasan dan kemerdekaan berfikir para ulama sudah mati.
  • Menggunakan cara bertaqlid.
  • Para fuqaha' pada zaman taqlid sepakat meninggalkan ijtihad kerana pelbagai masalah fatwa yang bersimpang siur menyebabkan para fuqaha' menjauhkan diri dari ijtihad.
  • Menjadi pengikut Abu Hanifah,pengikut malik,pengikut asy syafi'i atau pengikut ahmad.
  • Membatasi diri dalam batas-batas lingkungan mazhab-mazhab itu sahaja.
  • Memahami lafaz-lafaz dan perkataan imam-imam sahaja,bukan lagi untuk memahami nas-nas itu sendiri.
  • Bekulah masa pembinaan hukum padahal setiap peralihan zaman membawa peristiwa yang menimbulkan masalah baru yang memerlukan pembinaan hukum.


Sunday, February 14, 2016

BAB 2

SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

TAKRIF: MENGIKUT ISTILAH AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

  • Dari segi bahasa: Perundangan atau al-syariat membawa maksud jalan yang lurus.

    • Dari segi istilah syara' : Perundangan bermaksud mengatur dan menyusun undang-undang yang berhubung dengan hukum-hukum perbuatan orang mukallaf, masalah masalah dan peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada mereka.

       

      *mukallaf: orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal(akil baligh) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya.

       

       

       

       

       

      ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM: Dibahagikan kepada 4 fasa  

      1.Zaman Rasulullah 

      2.Zaman Sahabat

      3. Zaman Pembukuan Imam-imam Mujtahid

      4.Zaman Taklid

       

       

Saturday, February 13, 2016

KESIMPULAN

Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah kepad RasulNya mencakupi segala aspek kehidupan manusia kearah kebaikan dunia dan akhirat . Ia mempunyai keistimewaan yang tertentu yang tidak ada pada undang-undang buatan manusia.

Perundangan Islam penting untuk mengawal tindak tanduk ke arah membentuk kehidupan yang harmoni.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI TARIKH TASRI' / PERRUNDANGAN ISLAM

A)MENGETAHUI PRINSIP DAN TUJUAN SYARIAT ISLAM

Melalui kajian Perundangan Islam kita dapat megetahui prinsip dan tujuan syariat Islam.

  • Untuk menjaga martabat seorang muslim dan sebagai pembeza atau identiti seorang muslin dibandingkan dengan penganut agama yang lainnya.
  • Prinsip syariat Islam yang sentiasa mengutamakan unsur keadilan dan kasih sayang merupakan bahagian yang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan dan manifestasi hukum Islam ,dan tentunya melalui pemahaman secara mendalam terhadap tarikh tasri' akan menimbulkan sikap toleransi dan memandang setiap orang dengan pandangan yang sama kerana memang yang paling mulia di sisi Allah SWt hanyalah yang dianugrahkan ketaqwaan dan menjadi keunggulan dari umat lainnya.

B)PEMAHAMAN TERHADAP ISLAM YANG KOMPREHENSIF

  • Dapat mengetahui kesempurnaan dan syumuliah ajaran Islam terhadap seluruh aspek kehidupan.
  • Penerapan syariat Islam bererti perhatian dan kepedulian negara serta masyarakat terhadap pendidikan ilmu pengetahuan, ekonomi, akhlak, akidah ,hubungan sosial, hukum dan aspek-aspek lain.
  • Islam bersifat holistik dan universal serta sesuai dengan perkembangan dan keadaan zaman.
  • Imam Asy-Syahid Al-Banna menyatakan bahawa Islam adalah doktirn ibadah , Islam adalah ekonomi,Islam adalah pedang dan jihad , Islam adalah mmethod dan strategi politik serta Islam yang menjamin kehidupan kesejahteraan masyarakat.

C) SEBAGAI BENTUK PENGHARGAAN PARA ULAMA

  • Kita dapat menghargai usaha dan pendapat para ulama bermula dari zaman sahabat hingga para Imam dan murid-murid mereka dalam mengisi kazanah ilmu dan peradaban kaum muslimin.
  • Para ulama terdahulu mencurahkan kehidupan mereka untuk perkembangan keilmuan islam tidak hanya sebatas ilmu yang bersifat qauliah akan tetapi juga ilmu qauniah.

     D)MENUBUHKAN RASA BANGGA TERHADAP SYARIAH ISLAM



    • Rasa bangga itu muncul kerana memahami bahawa syariat Islam adalah satu-satunya jalan yang akan menyelamatkan umat manusia dari jurang kemurkaan Allah SWT serta menjadi ukuran baik dan buruk dalam setiap langkah dan pergerakan umat Islam
  • Yang penting bagaimana kita memberikan pemahaman dan mewariskan sikap kebanggaan kepada generasi selanjutkan.


E)MENUMBUHKAN MOTIVASI DAN OPTIMIS UNTUK MENGEMBALIKAN KEJAYAAN ISLAM

  • Untuk memastikan syariat mampu ditegakkan di muka bumi bukanlah impian semata-mata.
  • Menyalakan api semangat bahawa Islam mengalami kejayaan yang gemilang ,masa keemasan yang menjadi pusat dan ukuran dalam membangunkan peradaban dan kebudayaan.





KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM

BALASAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

  • Balasan duniawi= bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun civil.
  • Balasan  ukhrawi= dikenakan ke atas setiap pelanggaran hukum syara' samada ia amalan hati mahupun amalan anggota lahir.
 Balasan ukhrawi menyebabkan seseorang muslim itu dengan sendirinya akan tunduk kepada hukum syariat samada dalam keadaan tertutup mahupun terbuka , pada waktu keseorangan mahupun di khalayak ramai, hanya semata-mata takut kepada Allah.

KEKAL 

  • Bermaksud syariat islam ini kekal sepanjang zaman tanpa dinaskah dan tiada perubahan. Dan Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir. 
     
      • Kesejagatan Syariat Islam , umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti , sudah pasti gejala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan di semua tempat dan setiap masa.
      •   Al-Quran yang merupakan sumber utama perundangan Islam telah dijamin Allah SWT terpelihara sehingga hari kiamat dan tidak dapat diselewengkan atau diubah walaupun satu kalimah.  
      •  Sunnah nabawiyyah pula merupakan sumber kedua syariah Islam. Ia merupakan penjelasan bagi al-quran dan sebagai pelengkap bagi sistem Islam.

       

      SYUMUL

      Bermaksud menyeluruh atau mencakupi semua urusan hidup Islam.
      • menggariskan panduan untuk manusia jalan iman , menerangkan dasar-dasar akidah, menyusun hubungan manusia dengan Allah , memerintah bersihkan jiwa dan mengatur hubungan manusia sesama manusia.
      • Terdapat 3 kelompok hukum-hukum Syariat dalam konsep kesyumulan ini:
      1. Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah dan hari kiamat. -Perbahasan hukum ini terdapat dalam ilmu al-kalam atau tauhid.
      2. Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah . -Hukum- hukum ini dibincangkan dalam ilmu akhlak atau tasauwuf .
      3. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan dengan yang lain. -Hukum ini dibincangkan dalam ilmu fiqh . 

       

      KESEIMBANGAN KEBENDAAN DAN KEROHANIAN

      Ciri ini tidak menjauhkan daripada kerohanian tidak memisahkan dunia dan akhirat. Tetapi ia memandang kehidupan itu sebagai satu unit yang mutakammil(lengkap melengkapi) dalam melaksanakan hak-hak Allah atau hak manusia itu sendiri ataupun hak orang lain. 
      • Syariah Islam dengan sistem mutakkamil ini menganjurkan manusia untuk mengimbangkan antara sesuatu keadaan tidak berat sebelah atau meninggalkan satu tanggungjawab demi tanggungjawab yang lain.
      • Mendorong manusia kepada sifat keseimbangan antara kebendaan dan kerohanian. Terutamanya dalam menunaikan hal Allah seperti solat di samping kehidupan perniagaan.





Friday, January 8, 2016

BAB 1

ISLAM

  1.    AKIDAH
  2.   SYARIAH

  • Muamalah

         -Hukum
         -Ekonomi
         -Sosial 
         -Politik
         -Pendidikan

  • Ibadah

 3.AKHLAK



PENGANTAR PERUNDANGAN ISLAM


  1. Undang-undang Islam merupakan suatu perundangan yang menyeluruh , sempurna dengan aspek kehidupan di dunia dan selepas mati.
  2. Undang-undang dan perundangan islam tidak mempunyai apa-apa kesan samaada ia dilaksanakan atau diabaikan. 

PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM


Dari segi bahasa

 Perkataan perundangan (al-tasyri') menurut pengertian bahasa membawa beberapa erti antaranya  :


  • Sumber air mengalir atau mata air 
  • Jalan yang lurus. Iaitu jalan yang membawa kepada kebaikan kehidupan dan akal manusia.

Dari segi istilah

  • Merangka peraturan - peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan syarat islam.
  • pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat mengetahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf , serta apa yang berkaitan dengan hukum, dan perintah terhadap mereka.
  • menjelaskan , menerangkan tentang hukum- hakam juga membentuk peraturan-peraturan atau undang-undang.


KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM

  1. Rabbaniyah ( syariah itu dari Allah )
  2. Balasan Duniawi dan Ukhrawi
  3. 'Alamiyah dan Umumiyyah
  4. Kekal
  5. Syumul
  6. Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian 



RABBANIYAH (syariah dari Allah)


  • bermaksud hukum dan peraturan Islam ini datang dari Allah s.w.t. dan bukan dari ciptaan manusia.
  • Ia merupakan wahyu Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaz dan maknanya iaitu al-Quran atau dengan makna tidak lafaz iaitu al-sunnah .
  • Dapat membezakan antara perundangan duniawi dan perundangan Islam . Hal ini kerana perundangan duniawi adalah bersumberkan manusia sedangkan perundangan Islam bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.
  • Dengan menurut perundangan yang datang dari Allah, prinsip syariah dan hukum-hakam yg digunakan bersih dari sebarang kezaliman , kelemah , dan menurut hawa nafsu kerana Allah s.w.t mempunyai kesempurnaan mutlaq.